BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 3, 2010

WARKAH BUAT HAWA..


Hawa,
Andai engkau masih remaja,

jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu
sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin

jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir
dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam
dan
sekaligus disususli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui penampilannya,
lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga
tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan
tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongn jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik
serta
keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.

Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali
tangan yang menggoncang dunia
juga
yang menggoncang iman lelaki.
SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..

0 comments: