BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 16, 2010

~wanita solehah bunga idaman~

petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku. Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku. Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan. Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun. Siapakah aku? Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana? Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah! Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Friday, September 3, 2010

WARKAH BUAT HAWA..


Hawa,
Andai engkau masih remaja,

jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu
sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin

jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir
dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam
dan
sekaligus disususli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui penampilannya,
lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga
tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan
tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongn jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik
serta
keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.

Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali
tangan yang menggoncang dunia
juga
yang menggoncang iman lelaki.
SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..

EnaM PerKARA...


Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina. Moga kita sama-sama dapat memelihara diri kita dari menghampiri dan kemudiannya melakukan perkara-perkara tersebut yang antaranya :

1. (Melihat) نظرة-

Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya

2. (Senyum)فسامهم-

Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing

3.(Memberi Salam) فسلام-

Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan

4.(Bercakap Kosong) فكلام-

Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta

5. (Berjanji)فموعدون -

Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati

6. (Berjumpa) فلقاءون-

Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibuang di longkang-longkang, di celah-celah belukar serta semak samun, di tong-tong sampah, di jalanan dan juga di kaki lima. Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri. Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri.





Ana mengerti, fitrah kejadian manusia menginginkan seseorang utk dicintai dan mencintai..

kta tdk harus membuang atau menafikan fitrah tersebut, malah kita harus mengiakannya.. namun sahabat2...

fitrah tersebut haruslah dijga malah diberikan baja ketaqwaan dan keimanan agar dapat melahirkan hasil yg baik, hasil yg mendahulukan cinta kpd SANG PENCIPTA CINTA berbanding cinta kpd makhluk yg jga diberikan cinta drpdNya..


sedikit renungan buat kta bersama.. ketahuilah bahawa hati kita adalah dijadikan berbolak balik maka berdoalah moga hati ini d'tetapkan di jalan yang lurus...

renungan diatas bkn shj utk yg membaca malah utk yg menulis....

Thursday, July 8, 2010

MuhaSAbah CinTA...



Wahai...


Pemilik nyawaku


Betapa lemah diriku ini


Berat ujian dariMu


Kupasrahkan semua


padaMuTuhan...


Baru ku sadar


Indah nikmat sehat itu


Tak pandai aku bersyukur


Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah


Mengalun berzikir di kidung doaku


Sakit yang kurasa


biar jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta air mataku


Teringat semua yang Kau beri untukku


Ampuni khilaf


dan


salah selama iniYa Illahi


....Muhasabah cintaku...


Tuhan...


Kuatkan aku


Lindungiku dari putus asa


Jika ku harus mati


Pertemukan aku denganMu


FITNAH WANITA...


Wanita,

Pemakaian kalian bualan manusia,

Dicemuh merata perbandingan akal dunia,

Sikap dan pemakaian

menjadi santapan nilaian manusia,

Tafsiran akal bermain kata

Mulut mula membicara,

Hati mula meluah rasa,

Segala dibongkar menghina jua,

Sempurna ingin dilihat di mata,

Namun,

ketahuilah manusia,

Khilaf diri itu pasti.

Wanita,

Fitnah diri senjata hati,

Membunuh jua wanita kini,

Namun,

itu menjadi santapan kini,

Fitnah ditabur meruntun kalbu diri.

Wanita,

Diri mu dan diri ku satu.

Harus ku semai cinta bersama,

Cuba menjaga diri jua,

Dalam meniti bahtera dunia,

Ada khilaf diri terselit bersama.

Justeru,

Ku jatuh berlabuh berlutut,

Memohon khilaf untuk semua,

Semua nya takkan sama lagi seperti biasa.

Mungkin yang terbaik

Perlu ku undur diri dari semua,

Meninggalkan kalian untuk selama-lamanya.

Namun,

diri ku tetap memberi,

Walaupun dalam duka dan perit di hati,

Kerna untaian bicara sahabat sejati,

Menjadi pegangan di hati.

Lelaki dan wanita,

Sesama kita bergelar insan,

Punya mulut untuk berkata.

Justeru,

ku mohon dari kalian semua,

Penghinaan diri lestarikan kepada Si Dia,

Bukan ditabur merata-rata.

Akhir tinta ku di sini.

Thursday, June 17, 2010

mAAFkaN SahaBAT..


Hembusan bayu yang bertiup

Bersama deruan ombak

yang memukul pantai

Hatiku sayu bila mengenangkan

Perpisahan yang tak diundang


Bertahun kita melangkah bersama

Sela cita-cita buat bekalan ke sana

Harapan ayah bonda janji pada agama

Kitakan terus mara biarpun

badai yang datang melanda


Kita hanya mampu berusaha

Hanya Allah menentukannya

segalanya adalah milik-Nya

Dalam berusaha kita diuji

Kekadang tohmah kita dicaci

Diturutkan rasa hati

ingin dilepaskan beban ini


Mujur ada teman membantu

Sokonganmu buat inspirasi

Berpeganglah pada janji kita

yang dibina

Semoga kitakan dirahmati

Oh teman....

Saturday, June 12, 2010

sAHabAT....


-Atau Aku Ini Tiada -

sahabatku,

aku terluka tahu kah dikau?

atau aku ini tiada?

sebanyak pasir di pantai

lebih banyak cintaku di hati

semua untukmu sahabat

tetapi di mana diriku ini?

aku menangis terluka

sebahagiannya keranamu

sebahagiannya kerana deritaku

tetapi di mana kamu?

sahabat,

aku tahu kau bukan tuhan

yang sentiasa ada dikala ujian

yang disisi bila hati kesenangan

kau manusia

tapi tahukah dikau…

aku ini manusia juga…

hilang dalam sepi

sunyi sedu sendiri

tanpamu sahabat kucinta

tahu kah dikau?

atau aku ini tiada???

Friday, June 11, 2010

BiLa AKU BetUl RoboH!!!!!!!!!!


Mengikut sumber-sumber yang sohih, Israel sudah bergerak hendak meruntuhkan Al-Aqsa. Sama ada ini hanyalah gimik daripada Kerajaan Israel, atau memang benar hendak dilakukan, ia tetap adalah sesuatu yang tidak boleh kita berikan toleran.
Tetapi, saya tidak akan menuding kepada Israel yang menunjukkan kekejaman.
Sudah tugas mereka menjadi saingan.
Saya hanya akan menuding jari pada mereka yang bergelar ISLAM tetapi mendiamkan dirinya dari memberikan bantuan.
Sebab sepatutnya tugas mereka adalah membantu saudara mereka dalam kesempitan.


Bila aku betul roboh: Luahan Sebuah Al-Aqsa
Bila aku betul diroboh

masa itu baru aku akan mendengar

esak teriak manusia bodoh

yang selama ini membiaraku

dirogol si pembunuh
Bila aku betul diroboh

baru hendak tersedar

akan ketidak perdulian

yang 6 dekad sudah bergegar
Bila aku betul diroboh

masa itu baru diperhatikan

di manakah kesilapan

apakah selama ini telah dilakukan

namun tika itu sudah terlambat

ditinggal zaman
Bila aku betul diroboh

sudah tiada guna segala sesal

bukannya aku tidak mungkin dibina semula

tetapi kerobohan aku bukti kesengetan akal kamu semua
Atau lebih sedih lagi

bila aku betul diroboh nanti

kalian tetap diam membisu

bodoh terus tuli membatu

seakan tiada harga langsung pada diriku.
Ternyata,

kondisiku adalah kayu ukur

paling pantas untuk menilai keadaanmu

Sama ada benar,

atau telah terpesong

dalam dunia yang menipu....
????

Saturday, May 29, 2010

IKHTILAT


'IKHTILAT'
Hukum dan Dalil

Permasalahan 'ikhtilat' kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topik hangat dalam perbualan harian kita. Ada yang mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan sebahagian yang lain pula mengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yang betul-betul memahami apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat, adakah ianya dibenarkan atau tidak.

Tulisan ini akan cuba mengupas serba sedikit tentang permasalahan 'ikhtilat' dari segi takrif, hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan 'ikhtilat' serta beberapa jenis 'ikhtilat' yang dibenarkan di dalam Islam.


TAKRIF

'Ikhtilat' berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.

Adapun dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?

Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.


1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT

Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.


Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk
berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji".




Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:

· Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
· Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:

Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun
rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.



Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.

Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).

Di sana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.

2) 'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.

'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.

'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam


Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya.
Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.


KONKLUSI

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Wallahua'lam.

(dipetik daripada blog http://ibnudaud.blogspot.com/)

Friday, May 14, 2010

teringatkan kalian......


Orang kata, aku berhati keras
Tiada belas
Hanya tahu bertegas
Tanpa ada kasih yang berbekas
Aku kira,
Jika demikian lebih mudah
Kerna saat ini aku parah
Menanggung ingatan bersalut mahabbah
Saat-saat lalu datang mengimbas
Menoreh hati dengan kalimah rindu
Berdegup jantung dengan kalimah ingat
Kamu semua sukar kulupakan setiap saat
Bicara tidak akan sekali mampu
Untuk menterjemahkan kepada kalian akan cintaku
Mungkin hanya Allah yang mampu mengerti
Betapa diri kalian aku ingati
Sekarang kulepaskan panahan-panahan doa
Agar disampaikan oleh Ilahi kepada kalian
Moga Dia merealisasi cintaku
Ingin bersama ke syurga berpimpinan tangan

Wednesday, May 5, 2010

~MaTa OwH MaTa..KeNaPa EnGKaU LiaR?~


Babak 1


Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.

Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

End of part one for Brothers.. please try this at home


SISTERS, WE NEED COMPLEMENTARY ACTIONS.